Doa Menghilangkan Sifat Malas dan Hutang
may 01, 2013 by alivewire  

Allahuma  innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi  walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min  gholabatiddaini wa qohrirrijaal.
“Ya Allah ya  Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah  dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas,  aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku  berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” 
Keterangan:
Diriwayatkan dari  Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada  seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam  dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal  keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau  memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu  Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan  kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana  akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
            Mendengar  pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau  berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah  dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan  dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa  diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah  membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu  siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah  akan memberi kelonggaran kepadanya.
 

